Bumi Berputar Lebih Laju

· Puisi
broken image

𝗕𝘂𝗺𝗶 𝗕𝗲𝗿𝗽𝘂𝘁𝗮𝗿 𝗟𝗲𝗯𝗶𝗵 𝗟𝗮𝗷𝘂

Dalam perlumbaan
mengejar garisan akhir
tiada tanda yang terpateri
sedang rentetan kehidupan
tersusun bagai rak-rak buku
yang sukar dikategorikan
tapi mudah dikejari
tanpa mata yang mengamati.

Kerana burung yang terbang laju
tinggi ke awan, tidak melihat
teman-teman di daratan
ekor ayam yang sama berkejaran
dalam ketergesaan harian.

Dan bila terlanggar, terhantuk
baru terngadah
lalu terkujur melihat angkasa
meraba-raba tanah dan dipeluk bumi
dirasa putarannya sedetik-detik
berdentam tetap perlahan
dalam luncuran, jalannya berjinjit.

K. Hazwan, 18 Julai 2025