rayuan bergayut di dahan

· Puisi
Section image

𝗿𝗮𝘆𝘂𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗴𝗮𝘆𝘂𝘁 𝗱𝗶 𝗱𝗮𝗵𝗮𝗻
(𝘱𝘭𝘦𝘢𝘴 𝘩𝘢𝘯𝘨𝘪𝘯𝘨 𝘧𝘳𝘰𝘮 𝘢 𝘣𝘳𝘢𝘯𝘤𝘩)

Percaya diri hanya teruji
tatkala bergayutan di dahan
bagai burung bertenggek
tidak takut dahanan patah
kerna kuat itu ada pada sayapnya
dan percaya itu ada pada diri
yang bisa terbang tinggi
tidak rebah jatuh ke bumi
dek kurangnya percaya diri sendiri.

Maka aku merayu
jangan percayakan dahan itu
kerna batangnya tidak kuat
dan aku sahaja yang tahu
jangan dituduh melulu
tanpa periksa, kerna aku mahukan
sang yang katakan “ini itu”
biar dia bergayut di dahan
bagai monyet di hutan
berbogelan, sambil berlagu
siapa yang tak percayakan aku?

𝗞. 𝗛𝗮𝘇𝘄𝗮𝗻, 𝟭𝟰 𝗝𝗮𝗻𝘂𝗮𝗿𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲