Sedalam Relung di Hati Seribu
Sedalam Relung di Hati Seribu
·

𝗦𝗲𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗥𝗲𝗹𝘂𝗻𝗴 𝗱𝗶 𝗛𝗮𝘁𝗶 𝗦𝗲𝗿𝗶𝗯𝘂
(𝘛𝘩𝘦 𝘋𝘦𝘱𝘵𝘩𝘴 𝘰𝘧 𝘢 𝘛𝘩𝘰𝘶𝘴𝘢𝘯𝘥 𝘏𝘦𝘢𝘳𝘵𝘴)
Biar kita lihat sebulan bagai satu hati,
berbulan-bulan maka banyaklah hati
kita berhati, diperhati, memerhati–
hati yang satu untuk Yang Satu,
hati yang mahu kepada Yang Tahu.
Bagaimana relung hati mampu dicuci
sedangkan hati Nabi juga
dibersihkan malaikat,
adakah bintik hitam kami
terus dinodai; sebulan bertambah,
menurun atau meningkat–
apa yang diikat di hati seribu
sambil menunggu-nunggu
pesanan Sang Penghulu; carilah–
turunnya malam berbulan seribu.
Jadikan ia peneman rinduku
tatkala sepi tidak berbuku,
datanglah ke mari mengisi ruang
sedalam relung di hati seribu.
𝗞. 𝗛𝗮𝘇𝘄𝗮𝗻, 𝟭𝟭 𝗠𝗮𝗰 𝟮𝟬𝟮𝟲 / 𝟮𝟭 𝗥𝗮𝗺𝗮𝗱𝗮𝗻 𝟭𝟰𝟰𝟳𝗛