Biar Air Berciciran
Biar Air Berciciran
·

Biar Air Berciciran
(Let the Water Spatter)
Air itu, biarkan saja ia berciciran
bukan salah si gendut yang
tidak makan, atau si kaya
yang bergelandangan–
ambil titis dalam tadahan
sambil renjis buat santapan.
Kulit itu, berair dan basah
licin lagi berkucupan, tiada
kisah mana bangsawan, mana
yang biasa, ditetak dan diasah
biar putus jadi longgar
diramas halus di lubang pagar.
Rambut itu, biar direbang
bila diikat kuat, bertambah
padat, anak rambut disimpul rapi
tidak terkeluar mencari sangsi–
ikal mayang mabuk kepayang
rambut disikat terus licin,
diraba berus, dicium lilin.
K. Hazwan
10 Julai 2026