Jika Terlena
Jika Terlena
·

Jika Terlena
(Drift into Slumber)
Jika terlena di tasik baldu
biarlah kelu terus
beradu mengikut urat
nafsu, di belaian deras
yang berkocak rancak
biar merindu, menderu
untuk menyatu–
bergoncang panas
berenang bebas, berhempas
pulas, membuka ruas.
Jika terjaga dek bersekutu
carilah dahan, dayung perlahan
selami sehala mengarah tuju
pergi bermandi menyulit malu
disalut bulu, menghidu rampai
menunggang kencang, tidak
sampai, di puncak rangsang–
di tanah gersang, terus
bersatu tubuh, menghilang keluh
mencari handai, terbanglah
punai, dari sawah jatuh ke padi
dari hawa turun ke laki.
K. Hazwan
9 Julai 2026