Di Luar Bising Amat
Di Luar Bising Amat

Di Luar Bising Amat
(Very Noisy Out There)
Pak, aku lihat di dalam
layar tapak tangan,
di luar sana sangat bising
macam-macam yang berlaku–
dilakon dan dilaku, oleh
para pelaku yang asyik
tunjuk dia sibuk, cukup
gengsi, sungguh mencari
bilang mata yang tatap cara
dia terkinja, bila dia dikucup
di pipi, dan di-idola-kan–
atau adakah perlu ditanya, Pak,
mengapa dia suka berwacana–
siapa dia yang renang-renang di
awan, dan yang terbang di laut,
siapa yang kenyang di akal
dan cetus ilham di perut–
lalu diukur, Pak! Badannya diukur
dengan tali serba pendek. Aku pun
tidak mahu keluar, sebab di luar
bising amat, tapi di dalam
sunyinya kuat. Lalu aku dengan
sengaja rebah badan dan
berpeluk bantal, sampai lena–
agar tidurku dijamin selamat.
K. Hazwan
27 September 2026