Lampu Ajaib

· Puisi
Section image

Lampu Ajaib

(Magic Lamp)

Dalam hening gua itu

lampu ajaib disapu, dan

diusap bertalu-talu

sampai keras tanda desak–

dan muncung pun berbuih

putih, berkepul berasak,

diselang percikan air

pekat, yang mengalir lumat,

padat dengan janji seribu;

maka terbentuk jin kulat–

berbadan sasa, berbuah dada

bersayap mega, berkaki tiga.

Siapakah yang mengusap

lampu-ku hingga tegang?

Tiada janji boleh ku-tunai,

hanya biji untuk si punai–

hidung-ku ditusuk

keinginan-mu yang berbau;

mengapa dicarinya aku

dalam gua ini, kerna kau

yang sebenarnya ber-perigi

dengan lubang dalam,

kelam menunggu palang

datang mengisi ruang–

penuh sedar, kau bernafsu

helang; kau suka

menyambar di ladang,

dan amat suka

menjilat pedang!

K. Hazwan

24 Julai 2026