
Patah Sayap Terbang Jua
S$22.90
Author: A. Samad Ismail
Language: Malay
Publisher: Buku FIXI / Fixi Retro (2024) [originally 1966]
ISBN: 9786297693101
Patah Sayap Terbang Jua karya A. Samad Ismail adalah sebuah novel yang mempunyai unsur slice-of-life dan idealisme yang juga memberi gambaran hidup tentang zaman yang penuh ketegangan, berlatarkan zaman pendudukan Jepun di Malaya.
Penulis bercerita watak bernama Wahab, pada usia 19 tahun, bekerja dengan akhbar Warta Malai semasa Pendudukan Jepun di Singapura. Biarpun berdepan dengan kekangan dan rintangan perang, hidupnya meriah dengan semangat setiakawan teman-teman dalam bilik penyunting. Perbalahan dan ego kekadang muncul, tapi itu hal biasa.
Dan hidup lelaki mana akan sepenuhnya kelam bila adanya lampu neon dan perempuan kabaret? Wahab mula gelisah apabila dia mempersoalkan peranannya dalam akhbar propaganda penjajah. Dia kagum dengan cerita-cerita perjuangan kemerdekaan di Indonesia dan negara lain. Satu perjalanan pendek ke Semenanjung Tanah Melayu juga mengubah hala hidupnya.