Tembok Tidak Tinggi

Tembok Tidak Tinggi

S$22.90
[Novel, Paperback, 262 pages]

Author: A. Samad Ismail
Language: Malay
Publisher: Buku FIXI / Fixi Retro (2024) [originally 1967]
ISBN: 9786297693118
Quantity
Coming soon
Add to cart
More Details

Tembok Tidak Tinggi karya A. Samad Ismail boleh dianggap sebagai sekuel kepada Patah Sayap Terbang Jua (1966), yang berlatarkan sepenuhnya dalam satu penjara. Tentera British telah kembali ke Singapura setelah tamatnya Perang Dunia Kedua dan Wahab kini berada dalam penjara. Tuduhannya? Ada kaitan dengan kerjanya pada zaman Jepun. 

Rutin harian di Penjara Outram, Singapura diceritakan dengan teliti oleh A. Samad Ismail yang bukan sahaja seorang wartawan tersohor tapi pernah menjadi tahanan di penjara sama. Hal seperti makanan berlendir, angkat najis, mandi bogel, pergaduhan fizikal malahan gangguan mental dan seksual menjadikan karya ini realistik tanpa unsur sentimental. 

Dalam bangunan yang kekadang riuh kerana menempatkan pelbagai jenis banduan dengan latar berbeza, Wahab menghitung hari sebelum dapat melihat dunia di sebalik tembok.